Pergerakan Dalam Silat

Assalamualaikum WBT..

Untuk entri seterusnya, kita akan mengetahui serba sedikit mengenai Sikap Silat PSGFM. Apa yang dimaksudkan dengan sikap silat ialah perilaku atau gaya kedudukan tubuh silat. Di dalam bunga silat terdapat 7 limbai. Ini merupakan asas gerak dan kaedah slat.

Antara Sikap silat tersebut ialah : 
1. Sikap sedia silat
2. Sikap sedia seni
3. Sikap melutut
4. Sikap depok


Seterusnya ialah Bunga Silat. Bunga merupakan asas gerak dan kaedah dalam silat. Seluruh gerak dan pelajaran dalam silat Melayu adalah berasaskan Bunga Silat yang terdiri daripada 7 langkah, 7 kuda kuda, dan 7 limbai.

Manakala 7 gerak ini dapat dilakukan dalam 4 aras iaitu aras tinggi, sederhana, rendah, dan duduk di lantai. Setiap gerak dalam bunga silat mempunyai fungsi yang berbeza dalam mengeluarkan serang bela, sambut dan buah pukul. Retetan itu, kekemasan Bunga Silat ada hubungan dengan kekemasan buah pukul dan tempur silat.

Sekian.

Silat : Projek Akhir Silat CSE1022 (Slideshow)

Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum WBT..

Entri kali ini ialah dapatan saya setelah membuat Projek Akhir Silat. Oleh itu, saya sertakan slideshow pada entri kali ini. 


sila klik link ini untuk capaian seterusnya

Setinggi tinggi terima kasih kepada Guru Dr. Nizam kerana telah memberikan tunjuk ajar kepada saya dan juga rakan rakan dalam menjalankan tugasan ini. Tambahan pula, banyak ilmu yang beliau telah sampaikan kepada kami sepanjang berguru dengannya.

Diharapkan apa yang diberikan dapat dipraktikkan dalam kehidupan kami untuk menjadi lebih baik. Jika diikutkan rasa hati, sepertinya belum cukup lagi ilmu yang diberikan. Ilmu persilatan itu luas dan kita hendaklah pandai memilih Guru yag tepat agar tidak berlaku sebarang kemungkinan yang tidak baik.

Seterusnya, sepanjang projek akhir yang kami jalankan di SMK Seremban 3, banyak pengalaman baru yang saya dan rakan rakan perolehi. Tambahan pula, sekolah tersebut merupakan sekolah baru di Kawasan Seremban, Negeri Sembilan. Kami rasa bertuah kerana Persatuan Silat daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan universiti yang pertama membuat program berkaitan dengan persilatan di sekolah tersebut.

Hal ini juga meningkatkan lagi kemahiran insaniah dalam diri kami sebagai pelaksana program tersebut. Disamping itu, kami dapat meneratkan lagi hubungan silahturahim antara AJK dan peserta. Akhirnya, semoga dilain hari kesempatan seperti ini dapat kami perolehi lagi.

Sekian.

Silat : Guru Utama Aminuddin Anuar

Assalamualaikum WBT


Bertemu lagi kita dalam warkah yang seterusnya sebagai penerus kepada penceritaan mengenai ilmu persilatan melayu. Pada warkah kali ini kita akan cuba untuk mengenali seoranng lagi tokoh silat yang terkenal di Malaysia. Beliau ialah Guru Utama Aminuddin Anuar.





Beliau dilahirkan pada 6 Ogos 1970 di Lenggong Perak,Malaysia. Selain itu, beliau merupakan ahli seumur hidup PSGFM (No. Ahli: 1400) sebelum dipilih menerajuinya berdasarkan karakter, kepimpinan dan pengalaman luas beliau dalam dunia persilatan. Hal ini menjadikan beliau sebagai Guru Utama Kedua PSGFM.


Tambahan lagi, pemilihan beliau selaku Guru Utama pernah dihasratkan oleh Allahyarham Tn. Haji Anuar Abdul Wahab semenjak tahun 1999 lagi. Naman disebabkan pendirian beliau yang amat menghormati Allahyarham sebagai pemimpin utama sebuah persilatan yang masyhur ketika hidupnya, beliau hanya menerima tugas ini setelah ketiadaan beliau. 


Lebih lannjut lagi,tugas yang dipertanggungjawabkan  diterima dengan penuh sabar dan amanah dalam meneruskan kesinambungan silat melayu warisan bangsa Malaysia ini. Bak kata pepatah ‘patah tumbuh, hilang berganti’. Rentetan itu, beliau kini telah mendirikan rumah tangga dengan Pn. Majnah Abdillah dan beralamat di Sandakan, Sabah. 


Sekian.



Silat : Guru Dr. Nizam

Assalamualaikum WBT..

Berkenaan dengan tajuk post saya hari ini, tujuannya adalah tidak lain tidak bukan untuk menerangkan serba sedikit mengenai Guru Dr. Nizam.


Sebagai rakyat Malaysia yang mempelajari ilmu persilatan, kita patut berbangga kerana kita dikurniakan seorang Pakar Silat yang berjaya memperolehi PhD dalam bidang kejurulatihan sukan. Tambahan pula, ianaya diterima dunia silat dan Guru Dr. Nizam merupakan pakar silat yang pertama di dunia.






Kajian beliau yang bertajuk ‘ Influence of age and maturation on fitness development, trainability and competitive performance in youth silat‘ telah mendapat pujian daripada pemeriksa luar yang berpendapat kajian pertama dalam bidang combat sport ini berjaya mengumpul bukti-bukti berdasarkan sumber-sumber sukan beladiri lain yang ada di dunia akademik dan menyelesaikan permasalahan berkaitan kaedah latihan khasnya remaja yang terlibat dalam sukan silat. Kajian ini adalah merupakan kajian multi-discipline sport science yang mengguna-pakai kaedah performance analysis (newly developed area regarding game analysis), eksasais fisiologi, sport conditioning, dan juga bidang sport performance (fitness transference to competition).
Selain itu kajian Guru Dr. Mohamad Nizam ini telah dibentangkan di;
1. World Congress of Performance Analysis of Sport 8, Magdeburg, Germany, September 2008.
2.3rd International Workshop of the International Society of Performance Analysis of Sport, Lincoln, London, April 2009.
3. 5th ISN International Sports Medicine and Sports Science Conference 2011, Kuala Lumpur, September 2011.
Diharapkan kepakaran beliau ini dapat digunakan untuk membantu mutu sukan silat di Malaysia seperti di MSN, ISN, kementerian-kementerian, pusat-pusat latihan silat dan beladiri serta pertubuhan-pertubuhan silat yang berhasrat mempertingkatkan mutu sukan pesilat mereka. Beliau yang kini pensyarah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur telah berjaya menubuhkan Kelab Silat UM dan mendapat sokongan penuh pihak universiti dan juga PESAKA dalam memajukan sukan silat di peringkat universiti-universiti di Malaysia.



Pusat Cemerlang Silat amat berasa bertuah dan bangga dengan kejayaan ini. Kami berharap kejayaan ini dapat meningkatkan semangat kepada para pesilat PCS yang sedang belajar di samping bergiat aktif dalam bidang silat. Semoga Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie dapat menyambung segala usaha yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab dalam memertabatkan Silat Malaysia di Malaysia dan juga di antarabangsa.
Sekian.

SILAT : Tuan Haji Anuar Bin Haji Abdul Wahab

Assalamualaikum WBT..

Untuk pertama kalinya blog ini dikemaskini.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menelaah apa yang ingin diceritakan hari ini.



Seperti yang kita tahu silat merupakan seni mempertahankan diri yang telah ada sejak dahulu. Maklumlah, silat telah diwarisi sejak turun temurun lagi. tidak sah sekiranya kita tahu apakah itu silat namun kita tidak mengetahui siapakah antara tokoh yang terkenal dalam ilmu persilatan ini.

Antara tokoh yang terkenal dan memang dikenali ramai dalam ilmu persilatan ini ialah, Tuan Haji Anuar Bin Haji Abdul Wahab. Ada baiknya kita bermula daripada biodata beliau terlebih dahulu. Beliau dilahirkan pada 23 Disember 1945 di Bagan Tanjung, Sabak Bernam Selangor. Beliau juga dikenali sebagai Cikgu Anuar dan merupakan Tuan Guru dalam Persatuan Silat Gayung Fatani Malaysia (PSGFM).



Pada awalnya, beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Sabak Bernam dan Sekolah Ungku Aziz Sabak Bernam. Dimana keduanya terletak di Selangor. Seterusnya beliau meneruskan pendidikannya di Sekolah Shah Alam, Kuala Lumpur.

Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah menyiapakan buku terakhirnya iaitu "SILAT". Buku tersebut menjadi rujukan bagi Persatuan Silat Gayung Fatani Malaysia dalam pelbagai aspek, hal ini termasuk sejarah silat dan cara-cara yang berkaitan dengan ilmu persilatan.

Diharapkan info ini dapat sedikit sebanyak memberikan informasi mengenai ilmu persilatan. Diharapkan warisan ini tidak dilupakan dan tidak dibiarkan terhapus dek kepesatan teknologi dan globalisasi.

itu sahaja untuk minggu ini. Semoga diberi kesempatan dilain hari untuk mengemaskini blog ini. Sekain.

Wassalamualaikum WBT.